Lelaki cedera selepas rakan sekerja inject angin dalam dubur | The Reporter

Lelaki cedera selepas rakan sekerja inject angin dalam dubur

Inject angin dalam dubur
Gambar hiasan

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Seorang lelaki di Perancis mengalami kecederaan serius selepas dua rakan sekerjanya didakwa menyuntik (inject) udara ke dalam duburnya menggunakan mesin pemampat udara dalam kejadian pada Oktober 2023 di sebuah kilang yang menghasilkan alat untuk industri keluli di sempadan Perancis-Beligum.

Kedua-dua suspek, yang berusia 30-an, tela dihadapkan ke mahkamah di Ardennes pada Isnin atas pertuduhan melakukan serangan berat. Mangsa dilaporkan mengalami kecederaan teruk termasuk perforasi usus, menyebabkan dia tidak dapat bekerja lebih lapan hari.

Perforasi usus ialah keadaan di mana dinding usus kecil berlubang, membolehkan kandungan usus bocor ke dalam abdomen. Ia boleh menyebabkan kesakitan abdomen yang teruk, seperti dialami mangsa dalam kes ini.

Jika didapati bersalah, kedua-dua suspek boleh dijatuhkan hukuman penjara sehingga lima tahun.

Sebelum ini, pihak berkuasa menyiasat kes ini sebagai ‘kecacatan kekal akibat serangan yang disengajakan’. Namun, pertuduhan itu kemudian digugurkan.

Mahkamah menangguhkan perbicaraan sehingga 3 Jun ini bagi membolehkan majikan mangsa, AFS Sedan, hadir memberi keterangan, yang juga berkemungkinan turut dipertanggungjawabkan di atas kejadian itu.

Susulan daripada insiden tersebut, AFS Sedan telah memecat dua suspek berkenaan selepas menjalani tindakan disiplin.

Untuk pengetahuan, mesin pemampat udara yang digunakan dalam kejadian tersebut berfungsi dengan mengambil udara dari persekitaran dan memampatkannya menjadi udara bertekanan tinggi, biasanya digunakan untuk menggerakkan alatan seperti gerudi angin. – Agensi

Related Posts