Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Seorang lelaki berusia 23 tahun sanggup membunuh dan mengerat mayat rakannya sebelum dimain dan dimakan di hadapan penduduk, dalam kejadian yang berlaku pada 30 Jun lalu di Kampung Bantar Limus, Daerah Garut, Jawa Barat, Indonesia.
Lapor Tribun News, suspek dikenali sebagai Erus, sempat menguis dan bermain dengan kepala mangsa sebelum memakan potongan daging mangsa sambil tersenyum.
Ketika ditemui penduduk, Erus sedang duduk di bahu jalan dan terdapat beberapa karung guni di sebelahnya yang mengandungi keratan mayat mangsa.
Terkejut dengan penemuan itu, para penduduk segera menjauhkan diri. Erus tetap santai dan duduk sambil bermain dengan rambut mangsa. Erus turut menunjukkan pisau yang digunakan dalam kejadian itu.
“Bererti kamu memang sengaja ya membunuh?” tanya seorang penduduk dalam video yang tular di media sosial.
Erus mengakui perkara itu, ‘Ya’ dan menunjukkan lokasi dia menamatkan nyawa mangsa.
Motif kejadian masih dalam siasatan
Sementara itu, Ketua Unit Siasatan Jenayah, Polis Daerah Garut, Inspektor Ari Rinaldo mengesahkan kejadian itu dan suspek telah ditahan untuk membantu siasatan.
Dakwaan kononnya suspek mengalami gangguan jiwa juga belum dapat disahkan dan polis sedang menunggu keputusan pemeriksaan pihak hospital terhadap suspek.
Menurut seorang saksi dikenali sebagai Agus berkata, suspek memang selalu merayau di kawasan itu. Tahap komunikasinya dengan penduduk setempat juga idak begitu baik di mana dia hanya mampu mengangguk dan senyum sahaja.
Sebelum kejadian, ada saksi yang mendakwa ternampak Erus menarik tali yang diikat pada tangan mangsa. Saksi, Nining, 43, mengaku sempat melihat Erus menyembelih ‘sesuatu’ yang disangkakan ayam.