Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Seorang lelaki meluahkan rasa kecewa dengan tindakan sebuah stesen minyak di Johor Bahru kerana memaparkan gambarnya berserta nombor plat kenderaan dan mendakwa beliau tidak menyelesaikan bayaran sebanyak RM73.
Lelaki berkenaan CK Tee, bagaimanapun mendakwa sistem pembayaran kad di stesen minyak berkenaan mengalami masalah, sedangkan katanya dia berjaya mengisi minyak tanpa sebarang isu.
“Saya berhutang RM73 untuk minyak. Ada masalah dengan sistem kad pembayaran dan kamu memaparkan gambar saya? Bukannya saya ambil pam dan isi minyak sesuka hati,” katanya.
Menerusi gambar yang dikongsikan, stesen minyak berkenaan menampal gambar berkenaan berserta nombor plat kenderaan dan juga tarikh lelaki tersebut mengisi minyak.
Dalam pada itu, ramai yang terkejut dengan tindakan pihak stesen minyak tersebut dan mempersoalkan adakah perlu dikenakan tindakan undang-undang.
Lelaki berkenaan turut menyifatkan pihak pengurusan stesen minyak seolah tidak tahu menguruskan perniagaan dengan baik.
“Kalau tak tahu bagaimana nak urus, sila mintak pengurus kamu mengendalikan perkara ni,” katanya.
Sumber: World of buzz