Lelaki beli BMW terpakai, tapi terpaksa gunakan pengangkutan awam setiap hari | The Reporter

Lelaki beli BMW terpakai, tapi terpaksa gunakan pengangkutan awam setiap hari

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Seorang lelaki di Singapura yang baru sahaja membeli kereta pertama, sebuah BMW terpakai, kini terpaksa meninggalkannya di tempat letak kereta berhampiran rumahnya akibat kerosakan pada kenderaan itu. Keadaan ini menyebabkan dia terpaksa bergantung pada teksi untuk ke tempat kerja setiap hari.

Tan Yong Chang, 27, yang bekerja dalam sektor logistik, meluahkan rasa kecewanya, “Saya terpaksa bayar untuk kereta yang tidak boleh digunakan, rasanya seperti membakar duit.”

Menurut Tan, dia telah membayar deposit sebanyak SGD500 (RM1,720) untuk membeli BMW E60 5 Series 523i daripada Evolution Motors Private Limited pada Ogos lalu. Semasa pandu uji, Tan mendapati pelbagai masalah pada kereta itu, termasuk penyerap hentak, enjin, tingkap, dan kunci pintu. Dia telah memaklumkan perkara ini kepada pemilik syarikat, Farhan Abdul Azis, yang berjanji akan membaiki semua kerosakan sebelum menyerahkan kereta tersebut.

Janji tidak ditepati

Namun, apabila Tan menerima kereta itu pada 29 September, kunci kereta yang diberi tidak berfungsi. Dia juga mendapati kereta tersebut masih dalam keadaan yang sama seperti semasa pandu uji, tanpa sebarang pembaikan dilakukan.

Tan cuba mendapatkan penjelasan daripada Farhan, tetapi alasan seperti kekurangan tenaga kerja.

“Saya percaya dia kerana dia pemilik syarikat, tetapi ternyata lebih teruk daripada jurujual biasa,” kata Tan yang kecewa.

Keadaan kereta yang bergegar setiap kali dia memecut membuatkan Tan bimbang akan keselamatannya. Selepas mendapat pandangan daripada mekanik pada 4 Disember, dia terkejut dengan tahap kerosakan pada kereta itu.

Buat laporan polis

Tan telah membuat laporan polis pada 19 November, namun sehingga kini tiada tindakan lanjut yang dapat menyelesaikan masalah tersebut. Dia juga belum menerima sebarang invois daripada Evolution Motors.

Akibat masalah ini, Tan terpaksa mengeluarkan sehingga SGD80 (RM275) sehari untuk tambang teksi bagi memenuhi komitmen kerjanya. Dia mengakui, walaupun memiliki van, dia tidak boleh menggunakannya di tempat letak kereta bertingkat kerana had ketinggian yang rendah. – Agensi

Related Posts