Lelaki akui insiden tular 'meludah' hanya content, netizen minta jangan libatkan jenayah | The Reporter

Lelaki akui insiden tular ‘meludah’ hanya content, netizen minta jangan libatkan jenayah

Sumber Gambar: Sutradaramalaya

Tular sebelum ini satu hantaran video yang merakamkan tindakan seorang lelaki yang mengejar seorang wanita di tempat parkir sebuah bangunan.

Wanita tersebut yang kedengaran cemas, hanya memberhentikan kereta di satu ruangan parkir.

Melihat wanita berkenaan, lelaki tersebut bertindak mahu meludah, tetapi terkena diri sendiri.

Berdasarkan rakaman tersebut, ramai yang menilai video berkenaan hanyalah sebuah konten, namun tidak kurang juga menyatakan insiden berkenaan adalah benar-benar berlaku.

@sutradaramalaya

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


ada lagi lelaki mcm ni? pantang tgk perempuan sorang

♬ original sound – izaq – izaq

Bagaimanapun, seorang lelaki yang mendakwa dirinya Pengarah Kreatif mendedahkan rakaman video berkenaan merupakan hanyalah konten semata-mata.

Bukan sahaja video berkenaan, malahan video-video tular sebelum ini merupakan hanyalah konten.

@sutradaramalaya

sebelum aku kena tumbuk dekat public, baik aku tarik diri. muntah nescafe bosskuu…

♬ original sound – izaq – izaq

“Aku faham algorithm TikTok dan IG dan aku buat marketing anonymous ni untuk brand kecil atau brand besar dan juga sebilangan artis untuk promot brand diorang,” katanya.

Dalam pada itu juga, dia turut mengumumkan pengunduran diri dari membuat bisnes (konten) dan ingin menumpukan kepada bisnes lain.

Sementara itu, netizen tidak bersetuju dengan konten yang berunsurkan jenayah. Katanya nanti akan menyusahkan pelbagai pihak termasuk pihak berkuasa selain menimbulkan keraguan serta menghakis kepercayaan masyarakat.

Sumber: Sutradaramlaya, Roman Akromavich

Related Posts