Lee Zii Jia kini ranking ke-4 dunia | The Reporter

Lee Zii Jia kini ranking ke-4 dunia

Sumber Gambar: MOM, Sinar Harian

Lee Zii Jia kini direkodkan sebagai pemain badminton yang berada di kedudukan keempat dunia.

Pemain perseorangan profesional negara itu mengumpul 83716 mata untuk memintas dua lagi pemain dari Thailand, Kunlavut Vitidsarn dan Anders Antonsen dari Denmark.

Kedudukan berkenaan dikemas kini menerusi perkongsian dari Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Peningkatan dua anak tangga itu dilihat menerusi pencapaian beliau semasa memperoleh pingat gangsa di Sukan Olimpik 2024 di Paris lalu.

Ranking pertama masih dimiliki oleh jaguh China, Shi Yu Qi dan juara Sukan Olimpik Paris 2024.

Viktor Axelsen di kedudukan tempat kedua dan Jonatan Christie dari Indonesia di kedudukan ketiga.

Walaupun tersingkir pada pusingan awal Terbuka Jepun minggu lalu ketika berdepan pemain Perancis, Alex Lanier, ranking tersebut sekurang-kurangnya dapat mengubat hati dari kekecewaan perlawanan lalu.

Sumber: Sinar Harian

Related Posts