'Lebih selesa, janji tutup aurat' - Adi Putra jawab kritikan pakaian tak ikut tema majlis ABPBH - The Reporter

‘Lebih selesa, janji tutup aurat’ – Adi Putra jawab kritikan pakaian tak ikut tema majlis ABPBH

Adi Putra jawab kritikan pakaian ABPBH

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Pelakon filem Mat Kilau, Datuk Adi Putra, tampil menjelaskan pemilihan pakaian yang dikenakannya pada majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) baru-baru ini.

Dalam satu temu bual bersama Melodi, Adi Putra menyatakan bahawa keputusannya untuk memilih pakaian tersebut adalah kerana dia ingin menjadi dirinya sendiri dan selesa dengan pilihannya.

“Bukan tak ikut tema, tetapi saya jadi diri sendiri, lebih selesa dan tidak hipokrasi. Janji menutup aurat kita, itu yang paling penting. Ada yang komen tu, saya ucapkan terima kasih,” katanya dengan tenang, menjawab kritikan yang diterimanya berhubung pemakaian pada majlis tersebut.

Terdahulu, seorang pelakon wanita meluahkan rasa kurang senangnya terhadap pemakaian selebriti yang menghadiri majlis ABPBH.

Melalui hantaran di media sosial, pelakon berkenaan menzahirkan rasa kecewanya apabila ada selebriti yang hadir dalam majlis berprestij tersebut dengan mengenakan pakaian yang disifatkannya sebagai tidak sesuai, seolah-olah baru selesai berjogging atau bangun tidur.

“Pasai pa la ada yang pi anugerah, pakai baju macam baru balik jogging! Ayo sungguh tidak menghormati majlis!” tulisnya.

Dia turut menyarankan agar selebriti tersebut mengambil perkhidmatan stylist jika tidak tahu cara berpakaian mengikut tema majlis.

“Kalau dah bodo fesyen, hire la stylist!”.

“Sejuk sikit hati tuan rumah kalau artis yang mai ‘meriah’ fesyennya. Lagi pun majlis-majlis serupa ni, bukan hari-hari kot kau nak kena muncul!” tambahnya lagi.

Total
0
Shares
Total
0
Share