Lebih 15 ekor anak kucing ditemui mati, disyaki direndam dalam air sehingga tidak bernyawa - The Reporter

Lebih 15 ekor anak kucing ditemui mati, disyaki direndam dalam air sehingga tidak bernyawa

Gambar Animal Malaysia

Persatuan Haiwan Malaysia (Animal Malaysia) menggesa orang ramai tampil membantu mengesan individu yang tergamak membunuh 15 ekor anak kucing dalam kejadian di Pasar Borong Jerantut, Pahang.

Menerusi kenyataan yang dikongsikan di Instagram, kejadian itu disedari oleh pengadu pada Rabu, 29 November 2023, yang kemudian memaklumkan penemuan menyedihkan itu kepada Animal Malaysia pada jam 8 malam.

“Kami mohon masyarakat bantu jejak penjenayah yang membunuh lebih 15 ekor anak kucing secara direndam hingga mati.

“Tawaran ganjaran sebanyak RM5,000 kepada sesiapa sahaja yang berjaya merungkai kezaliman pembunuhan dahsyat terhadap 15 ekor anak kucing malang ini, bagi menuntut keadilan supaya mengekang kejadian lebih buruk berulang.

“Saksi yang mempunyai maklumat mengenai kejadian boleh menghubungi Malaysia Animal Crime Transparency – MyAct melalui WhatsApp (www.wasap.my/+60105394749),” katanya.

Animal Malaysia turut memberi jaminan maklumat saksi akan dirahsiakan dan suspek akan diheret ke mahkamah untuk tindakan undang-undang.

Sumber: Instagram Animal Malaysia

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!