'Larangan penggunaan dron 26 - 31 Ogos di seluruh negara' - | The Reporter

‘Larangan penggunaan dron 26 – 31 Ogos di seluruh negara’ –

Sumber Gambar: CAAM

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Penggunaan dron tanpa kelulusan dilarang di lokasi-lokasi sambutan dan perarakan di seluruh negara sempena persiapan dan sambutan Hari Kebangsaan 2024 bermula dari 26 Ogos hingga 31 Ogos 2024.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dalam satu kenyataan menyatakan larangan berkenaan adalah bagi memastikan persiapan dan sambutan Hari Kebangsaan dapat dilaksanakan dengan selamat

“Larangan ini bertujuan untuk memastikan persiapan dan sambutan Hari Kebangsaan dapat dilaksanakan dengan selamat selain mengelak berlakunya sebarang kejadian tidak diingini membabitkan aspek keselamatan orang awam.

“Larangan ini juga bertujuan untuk mengelak risiko kemalangan terhadap pesawat-pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) dan Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (Fire & Rescue Department of Malaysia) yang menjalankan latihan dan pertunjukan penerbangan formasi rendah di beberapa lokasi sambutan Hari Kebangsaan di seluruh negara sepanjang tarikh yang dinyatakan tersebut,” katanya.

Dalam pada itu, CAAM juga memaklumkan larangan berkenaan juga tertakluk di dalam akta dan peraturan yang telah ditetapkan.

“CAAM ingin mengingatkan bahawa sebarang aktiviti penerbangan termasuk pengendalian aktiviti dron yang boleh mengundang risiko serta bahaya kepada orang awam atau harta benda adalah tertakluk di bawah seksyen 4 Akta Penerbangan Awam 1969 (Akta 3); peraturan 98, peraturan 140-144, Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016 dan Civil Aviation Directives (CADs),” tulis kenyataan itu.

Sehubungan dengan itu juga, orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan, boleh hubungi Unit UAS CAAM di alamat emel drone.taskforce@caam.gov.my atau layari laman sesawang www.caam.gov.my.

Related Posts