Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Kementerian Pendidikan (KPM) menegaskan lantikan warden dalam kalangan warga pendidik lebih sesuai untuk sekolah berasrama penuh berbanding menggunakan khidmat pesara tentera atau polis, seperti yang dilaksanakan secara rintis oleh beberapa Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).
Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh, berkata pendidik berperanan bukan sekadar penjaga, tetapi juga sebagai ‘loco parentis’ yang membimbing murid dari aspek pendidikan, disiplin dan sahsiah.
“KPM dalam isu ini berpendirian warden sekolah berasrama penuh bukan hanya memainkan peranan sebagai penjaga, tetapi juga ‘loco parentis’ yang dapat memberi bimbingan pendidikan, disiplin dan pembentukan sahsiah murid,” katanya.
Baca juga:
- Polis siasat kes penipuan tanah RM1.5 juta libatkan pelakon wanita dan suami
- ‘Apabila al-Quran dipijak, diam bukan satu pilihan’ – Sultan Pahang
- Kes pijak al-Quran: MUIP sahkan tiada rekod daftar pengislaman
Sebelum ini Ketua Pengarah Pendidikan, Dr Mohd Azam Ahmad berkata, asrama sekolah perlu kekal sebagai institusi pendidikan, bukan hanya tempat tinggal. Oleh itu, kementerian akan mempertimbang penambahan bilangan warden bagi mengurangkan beban tugas sedia ada.
Dalam pada itu, Kah Woh memaklumkan jumlah warden asrama bagi setiap 50 murid ditingkatkan kepada tiga orang, menjadikan keseluruhan warden meningkat 68.5 peratus atau 10,204 pada tahun ini, berbanding 6,055 pada 2022.
Sumber: Berita Harian








