Lambat sediakan susu anak, suami berang & baling kipas pada isteri - The Reporter

Lambat sediakan susu anak, suami berang & baling kipas pada isteri

Sumber gambar : Kosmo! Online

Seorang lelaki berusia 32 tahun didakwa di Mahkamah Majistret Melaka atas pertuduhan sengaja mencederakan isterinya, dalam kejadian Ahad lalu.

Tertuduh, Shahmoonzhir Mohd. Nazim, bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Nabilah Nizam.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan kepada Nor Asikin Mohd Tap, 30, di sebuah rumah beralamat di Solok Balik Bukit, Bukit Lintang dalam daerah Melaka Tengah kira-kira pukul 12 tengah malam pada, 1 Oktober lalu.

Tertuduh dikatakan telah mencederakan isterinya dengan menggunakan kipas gara-gara berang dengan mangsa yang lambat menyediakan susu untuk anak sulung mereka berusia tujuh bulan.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 326A kanun sama.

Timbalan Pendakwa Raya, Fiqri Hakim Zamri, mencadangkan jaminan RM10,000 dengan syarat tertuduh tidak dibenarkan mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan.

Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon jaminan dikurangkan kerana dia menanggung anak yang masih kecil.

Majistret Nabilah Nizam membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin. 8 November depan untuk sebutan semula kes, lantikan peguam dan serahan dokumen.

Sumber: Kosmo! Online, Harian Metro

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!