'Lama dia simpan, akhirnya kena tipu macam tu je' - Pengantin baharu rugi RM13,000 angkara katerer penipu | The Reporter

‘Lama dia simpan, akhirnya kena tipu macam tu je’ – Pengantin baharu rugi RM13,000 angkara katerer penipu

Lelaki bawa bungkusan wang, lari daripada penduduk | Gambar sekadar hiasan sahaja (Artificial Intelligence)

“Kami memohon ribuan kemaafan andai yang hadir ke majlis perkahwinan adik saya hari ini hanya dapat menjamu juadah sekadarnya sahaja,” demikian kata Burhanuddin Rabbani, abang kepada pengantin baharu yang terpaksa menanggung kerugian RM13,000 angkara pihak katerer yang tidak bertanggungjawab.

Menurut Burhanuddin, pihak katerer yang ditempah untuk majlis perkahwinan itu tidak hadir pada hari kejadian. walaupun sudah berulang kali cuba dihubungi, namun tiada sebarang respon daripada pihak katerer.

“Total tempahan yang dah dibuat untuk 1,000 pax. Pening kami nak fikir. Last kami tunggu malam tadi sampai pukul 9 malam, memang tak ada respon.

“Kami adik beradik ambil keputusan untuk masak sendiri. Hanya mampu siapkan dalam anggaran 400 pax makanan. Itu pun sekadar lauk ayam gulai, sambal belacan, buah dan ulam-ulaman,” katanya.

Berpecah kepada beberapa kumpulan, mereka turut mencari set meja dan kerusi, periuk-periuk besar dan barang-barang untuk memasak. Semuanya dilakukan pada malam sebelum majlis.

Pada keesokan harinya selepas subuh, mereka terus memasak beramai-ramai bersama adik beradik ipar duai. Segala makanan sempat dihantar ke dewan sebelum jam 11 pagi.

“Walaupun hanya ada satu lauk, ada yang datang sponsor apam balik, pop corn, kuih muih. Semua datang dan buat dengan penuh kasih sayang.

“Allah Maha Kaya, sampai habis majlis lauk-lauk masih ada, tak habis pun. Syukur semuanya cukup. Allah beri kami ujian sesuai kemampuan kami,” ujarnya.

Dalam pada itu, pengantin telah membuat laporan polis terhadap pihak katerer terbabit, dengan harapan wang RM13,000 dapat diperolehi semula.

Sumber: Facebook

Related Posts