Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Seorang peserta misi Global Sumud Flotilla, Musa Nuwayri, mendedahkan pengalaman mencemaskan apabila sistem komunikasi kapal mereka digodam oleh pihak Zionis baru-baru ini.
Menurut Pengasas Cinta Salam Malaysia itu juga, ketika kejadian itu, kumpulan penggodam Zionis bertindak memasang lagu terkenal kumpulan pop Sweden, ABBA berjudul Take a Chance on Me dengan bunyi yang kuat.
“Antara liriknya berbunyi, ‘If you need me, let me know, gonna be around’,” katanya dalam satu perkongsian di media sosial.
Musa menambah, pemilihan lagu itu dipercayai bukan secara kebetulan kerana kapal Alma yang turut serta dalam flotilla berkenaan mempunyai penumpang terkenal iaitu Greta Thunberg, aktivis alam sekitar dari Sweden.
“Dan kalau nak tahu, kumpulan tu memang dari Sweden. Confirm dorang tahu Greta ada dalam kapal,” katanya lagi.

Baca juga:
- Lagu kumpulan ABBA dipasang ketika alat komunikasi kapal digodam
- ‘Pasar tani, legasi martabatkan petani & pengeluar tempatan’ – Anwar Ibrahim
- Kanak-kanak 7 tahun kritikal, bapa mohon doa ada keajaiban
Penggunaan lagu ceria yang bertemakan cinta itu dalam situasi genting jelas memperlihatkan taktik perang psikologi atau psywar yang cuba dikenakan ke atas aktivis dan sukarelawan misi kemanusiaan tersebut.
Global Sumud Flotilla kini terus menjadi perhatian dunia apabila membawa mesej solidariti dan kemanusiaan ke arah Palestin, meskipun berdepan pelbagai bentuk ugutan daripada pihak Zionis.