Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Hantaran Insta Story milik pelakon dan usahawan terkenal, Nur Fazura menimbulkan pelbagai tanda tanya dalam kalangan peminat selepas beliau memuat naik gambar berada di pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Turut dimuat naik dalam hantaran tersebut ialah beberapa tangkap layar komen pengguna media sosial yang dipercayai daripada sebuah forum popular. Komen-komen tersebut dilihat mengkritik kehidupan Fazura selepas melalui fasa penceraian baru-baru ini.
Difahamkan, sebilangan komen yang dikongsikan itu mengandungi unsur fitnah dan tohmahan yang menjurus kepada serangan peribadi terhadap pelakon tersebut.

Tindakan Fazura memuat naik gambar di SKMM diertikan netizen sebagai isyarat bahawa beliau mungkin telah mengambil langkah undang-undang terhadap pihak yang menyebarkan fitnah dan mengaibkan dirinya di media sosial.

Baca juga:
- Siti Nurhaliza terlibat kemalangan, sahkan tiada kecederaan serius
- Anak Norish Karman sebak terima puluhan ribu sebagai gaji daripada Aliff Syukri
- ‘Kami orang tengah sahaja’ – Aliff Syukri, Shahida serah RM40,000 buat Azar Azmi
Walau bagaimanapun, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak Fazura atau wakilnya setakat ini berhubung tujuan sebenar kunjungan tersebut.
Nama Fazura kembali menjadi tumpuan selepas berita mengenai perpisahannya dengan penyanyi popular, Fattah Amin mendapat liputan meluas. Sejak itu, pelbagai spekulasi dan komen negatif mula berlegar di media sosial.
Tindakan Fazura ini secara tidak langsung disambut baik oleh ramai pengikutnya yang menggesa agar tindakan tegas diambil terhadap penyebar fitnah, khususnya di platform digital yang semakin tidak terkawal.

Sumber: Thread, Instagram Fazura








