Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan bahawa penempatan sementara Pengetua, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM) serta semua warden SMKA Tun Datu Mustapha akan dibuat di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah sehingga siasatan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) selesai.
Keputusan ini diambil susulan pengumuman PDRM bahawa Pasukan Petugas Khas Bukit Aman telah mengambil alih siasatan kes kematian Allahyarhamah Zara Qairina.
Menurut kenyataan itu, KPM akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa bagi memastikan siasatan dilaksanakan secara menyeluruh, teliti dan tuntas.
Baca juga:
- Peniaga tau fu fah sumbang RM10,000 untuk tabung solidariti Najib Razak
- Polis nafi dakwaan MPV ‘escort’ kenderaan bawa kabel curi di Ampang
- Lelaki maut dipercayai diserang harimau di Sungai Siput
“Sebagaimana yang telah ditegaskan, kes tersebut merupakan keutamaan KPM pada masa ini,” jelas kenyataan tersebut.
KPM turut menzahirkan harapan agar siasatan yang telus dan sepenuhnya dapat dijalankan demi keadilan buat keluarga Allahyarhamah serta semua pihak terlibat.








