'KPM sedia terima pelajar MRSM yang dibuang sekolah' - Fadhlina | The Reporter

‘KPM sedia terima pelajar MRSM yang dibuang sekolah’ – Fadhlina

Fadhlina memaklumkan KPM sedia terima pelajar MRSM yang telah dibuang sekolah.
Gambar: Facebook Fadhlina Sidek.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyatakan kesediaan untuk menerima pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) yang dibuang sekolah.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, kementerian tidak menolak mana-mana pelajar yang memerlukan pendidikan, kerana tanggungjawab mendidik terletak sepenuhnya di bawah bidang kuasa KPM.

“Kalau dihantar ke sekolah kita, kena terimalah kerana itu tanggungjawab kita dan komitmen kita. Kita sentiasa bersedia untuk menerima siapa saja anak-anak kita untuk dididik,” katanya.

Baca juga:

Menurut beliau, tidak timbul soal menolak atau tidak memberi peluang kepada mana-mana pelajar kerana pihak kementerian mengambil pendekatan inklusif berasaskan tanggungjawab dan amanah.

“Jadi saya rasa tidak timbul isu kita tidak memberi peluang atau menolak mereka tetapi kita ambil atas dasar tanggungjawab,” katanya lagi.

Kenyataan ini hadir susulan isu tular melibatkan pelajar MRSM yang dikenakan tindakan dibuang sekolah, sekali gus menimbulkan persoalan berhubung nasib dan hala tuju pendidikan mereka selepas itu.

Sumber: Berita Harian

Related Posts