Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merayu orang ramai agar tidak mengadakan perhimpunan atau memboikot Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Limauan di Kinarut, Sabah.
Ketua Pengarah Pendidikan, Dr Mohd Azam Ahmad, menegaskan pihak kementerian, termasuk Menteri Pendidikan dan pengurusan tertinggi, amat mengutamakan keadilan buat Allahyarham Zara Qairina Mahathir.
Namun, katanya, keadilan juga perlu diberikan kepada pelajar dan pendidik di sekolah berkenaan dengan menjaga emosi serta psikologi mereka.
“Saya percaya pihak berkuasa akan melaksanakan tanggungjawab sebaik mungkin dan KPM akan memberi sokongan penuh,” katanya.
Baca juga:
- ‘Tidak pernah terlintas menimbulkan sebarang kontroversi’ – MIG mohon maaf
- Jamil Khir direman lima hari bantu siasatan RCI Tabung Haji
- Lelaki cetus provokasi Hari Kebangsaan di Putrajaya positif dadah
KPM turut menggesa orang ramai mengelakkan tindakan negatif seperti berdemonstrasi di hadapan sekolah tersebut.
Bagi meningkatkan keselamatan, Mohd Azam memaklumkan beberapa langkah diambil termasuk menambah bilangan warden, mempercepat penggunaan kamera litar tertutup (CCTV) serta mengarahkan Jemaah Nazir melakukan audit keselamatan harian di sekolah dan asrama dengan laporan segera.
Sumber: Nazdy Harun/Berita Harian








