Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Mulai tahun depan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memperkenalkan subjek baharu bernama Pendidikan Karakter, satu langkah awal ke arah kurikulum baharu 2027 yang berasaskan nilai dan akhlak.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata subjek itu akan dimulakan di peringkat prasekolah bagi membentuk sahsiah murid sejak awal. Beliau menegaskan pembinaan karakter bukan sekadar pelengkap silibus, tetapi “tulang belakang” kepada sistem pendidikan masa depan.
“Kita mahu pendidikan yang bukan hanya cemerlang akademik, tetapi membentuk keperibadian dan nilai,” katanya di Dewan Rakyat.
Baca juga:
- ‘Bukan 50, tapi 200 luka tikaman pada anak saya’ – Ibu mangsa
- Tak adil salahkan Menteri Pendidikan atas tragedi di sekolah – Timb. Ketua wanita Keadilan
- KPM perkenal subjek Pendidikan Karakter, harap lahir generasi lebih beradab dan berakhlak
Pendidikan Karakter jadi cerminan arah baharu KPM
Langkah memperkenalkan subjek ini menandakan perubahan hala tuju KPM daripada sekadar mendidik minda kepada mendidik jiwa dan emosi pelajar. Ia seiring dengan hasrat menjadikan sekolah sebagai ruang selamat, membina empati dan nilai murni yang semakin terhakis dalam masyarakat moden.
Dengan pendekatan ini, KPM mahu memastikan generasi baharu bukan hanya pandai mengira dan menjawab soalan peperiksaan, tetapi juga tahu menimbang antara betul dan salah, satu pembaharuan yang disifatkan oleh pemerhati pendidikan sebagai “peralihan dari sistem akademik ke sistem nilai.”
‘Simpan di bawah karpet’
Fadhlina turut menjawab isu yang dibangkitkan Ketua Pengarah Pendidikan, Dr Mohd Azam Ahmad, berhubung masalah dalam sistem pendidikan yang didakwa “disimpan di bawah karpet”.
Beliau menjelaskan kenyataan itu bukan bermaksud kementerian menutup kes, tetapi mengakui terdapat insiden kecil di sekolah yang sering dianggap remeh hingga gagal ditangani secara tuntas.
“Apabila dianggap kecil, tindakan intervensi pun ringan. Akhirnya masalah itu berlarutan,” katanya.
Sumber: TV Sarawak