KPM jalankan siasatan isu pegawai pertikai kenaikan gaji diumum PMX | The Reporter

KPM jalankan siasatan isu pegawai pertikai kenaikan gaji diumum PMX

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


1 Mei semalam, Perdana Menteri telah mengumumkan berita baik buat penjawat awam mengenai kenaikan gaji lebih daripada 13 peratus yang merupakan kadar tertinggi dalam sejarah perkhidmatan awam negara. Penjawat awam bakal menikmati kenaikan gaji tersebut mulai 1 Disember depan.

Namun begitu, berita gembira tersebut didakwa seperti diperlekehkan oleh sesetengah individu apatah lagi individu berkenaan berjawatan dalam kerajaan.

Tular di media sosial, seorang pegawai Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menerusi Facebook Kami Guru Malaysia mengingatkan golongan pendidik agar tidak terlalu gembira dengan pengumuman berkenaan.

Katanya, kenaikan gaji sebanyak 15 peratus tersebut masih masih terlalu awal untuk diperkatakan dan sepanjang tempoh tersebut pelbagai perkara boleh berlaku.

Susulan itu, KPM sedang menjalankan siasatan pegawai berkenaan.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, beliau masih menunggu hasil siasatan yang dibuat terhadap wanita berkenaan.

“Saya fikir perkara itu sedang dalam siasatan di peringkat KPM dan kita sedang tunggu hasil siasatan, insya-Allah,”katanya.

Sumber: Malaysia Gazette

Related Posts