Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, memaklumkan tindakan membuang sampah merata akan dikenakan hukuman berbentuk khidmat masyarakat sebagai langkah mendidik rakyat dan memastikan kebersihan negara.
“Siapa-siapa yang buang sampah akan dikenakan hukuman khidmat masyarakat. Mereka akan diberikan uniform oleh SWCorp untuk bantu pekerja bandarayanya cuci longkang, sapu jalan, cuci tandas selama 12 jam,” katanya.
Jelas beliau, langkah ini bukan sahaja berperanan mendisiplinkan masyarakat, malah bertujuan memastikan imej negara kekal bersih dan menarik di mata pelancong luar.
“Menjelang Tahun Melawat Malaysia, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) telah mensasarkan ketibaan 35 juta pelancong bagi menjana RM147 bilion pendapatan daripada industri pelancongan. Kini, industri pelancongan sudah menjadi sumber pendapatan kedua terbesar negara,” ujar beliau.
Baca juga:
- Sanusi tegas tolak Langkawi jadi Wilayah Persekutuan
- Gara-Gara hutang, pelajar 13 Tahun cedera dipukul sekumpulan remaja di Pekan
- ‘Cadangan kembalikan Dara, Amoi, Kelat wajar dipertimbangkan dengan serius’ – Arthur
Tambahnya lagi, aspek kebersihan bukan sekadar isu fizikal, tetapi juga merupakan cerminan nilai moral dan keagamaan.
“Oleh kerana itu, kebersihan adalah separuh daripada keimanan. Maka, menjaga kebersihan adalah satu kewajiban. Kita nak pastikan bila pelancong datang, mereka lihat Malaysia ini bersih, indah, menawan, wangi,” tegasnya.
Nga turut mengumumkan bahawa satu rang undang-undang baharu akan dibentangkan dalam masa terdekat.
“Saya akan bentangkan undang-undang khidmat masyarakat. Siapa-siapa yang gagal mematuhi hukuman itu, boleh dijatuhkan hukuman penjara,” katanya.
Beliau turut menyeru sokongan penuh semua ahli Parlimen demi pelaksanaan dasar tersebut.
“Sebab itu, kita minta kerjasama. Semua ahli Parlimen sokong sepuluh suara kerana undang-undang ini sudah terbukti berjaya di negara-negara maju seperti Sweden, Jepun, Singapura dan lain-lain,” katanya.








