Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Pelantikan bintang antarabangsa Fan Bingbing sebagai Duta Setiakawan Pelancongan Melaka sempenan Tahun Melawat Melaka 2024 baru-baru ini mendapat kritikan ramai.
Ada yang persoalkan mengapa kerajaan negeri tidak melantik duta pelancongan dari warga tempatan sendiri.
Bagaimanapun, pemilihan Fan Bing dikatakan kerana sering ditonjolkan sebagai wajah kebudayaan China di peringkat global selain mempunyai jutaan pengikut di media sosial.
Mengulas mengenai isu kos keseluruhan yang ditanggung, kos berkenaan mencecah RM498,347
Menurut Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman, kerajaan negeri hanya membelanjakan RM77,850 atau 16 peratus daripada jumlah keseluruhan kos itu manakala selebihnya ditanggung oleh beberapa syarikat swasta lain.
“Kos RM77,850 itu hanya merangkumi kos promosi dan penganjuran program di Melaka manakala RM420,497 pula ditaja oleh beberapa syarikat swasta yang merangkumi penerbangan, penginapan, pengangkutan, kos perkhidmatan profesional dan pemetaan projektor di Encore Melaka,” katanya.
Selain filem China, Fan juga pernah membintangi filem adiwira Hollywood, ‘X-Men: Days of Future Past’, selain filem Perancis dan Korea.
Pada 2017, Fan menghiasi kulit majalah Time dan beliau turut dinamakan sebagai antara 100 Orang Paling Berpengaruh.
Sumber: Sinar Harian