‘Barah kepada keamanan’ – Korea Utara tuduh Israel punca huru-hara di Timur Tengah | The Reporter

‘Barah kepada keamanan’ – Korea Utara tuduh Israel punca huru-hara di Timur Tengah

Kim Jong-un kecam tindakan Israel dalam serangan ke atas Iran
Kim Jong-un sifatkan Israel sebagai ‘barah kepada keamanan’ selepas serangan ke atas Iran

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


• Korea Utara mengutuk serangan Israel ke atas Iran dan menyifatkannya sebagai “tindakan keji.”
• Kenyataan rasmi itu disiarkan menerusi agensi berita Korean Central News Agency (KCNA)
.• Korea Utara menyamakan Israel sebagai ‘barah kepada keamanan’ dan menuduh AS sebagai dalang.

Korea Utara menyelar tindakan Israel yang melancarkan serangan ke atas Iran baru-baru ini dan menyifatkan rejim itu sebagai ancaman besar terhadap kestabilan serantau.

Kenyataan keras itu dikeluarkan oleh jurucakap Kementerian Luar Korea Utara dan disiarkan menerusi Korean Central News Agency (KCNA), agensi berita rasmi negara itu.

Menurut jurucakap berkenaan, tindakan Israel yang menyerang wilayah Iran disifatkan sebagai satu “tindakan pencerobohan keji” dan menuduh Amerika Syarikat menjadi dalang di sebalik keganasan tersebut dengan memberikan sokongan ketenteraan kepada Israel.

Serangan Israel itu berlaku susulan ketegangan memuncak di Timur Tengah, apabila Iran melancarkan serangan balas terhadap Israel sebagai tindak balas terhadap serangan ke atas konsulatnya di Syria.

Mengapa Korea Utara campur tangan isu ini?

Korea Utara secara konsisten menampilkan sokongan terhadap negara-negara yang menentang pengaruh Barat, khususnya Amerika Syarikat dan sekutunya. Dalam kenyataan yang sama, Korea Utara mendakwa Israel sebagai “a cancer-like entity for the peace in the Middle East” atau “barah kepada keamanan di Timur Tengah.”

Kenyataan ini dikeluarkan tidak lama selepas masyarakat antarabangsa menyatakan kebimbangan terhadap kemungkinan berlakunya perang besar-besaran di rantau tersebut.

Related Posts