Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Korea Utara akan membuka semula sempadannya kepada pelancong antarabangsa selepas hampir lima tahun ditutup akibat pandemik COVID-19.
Menurut beberapa operator pelancongan, bandar Samjiyon di utara negara itu akan menjadi destinasi pertama yang dibuka kepada pelancong pada bulan Disember ini.
Samjiyon yang terletak di kaki Gunung Paektu, terkenal dengan tarikan musim sejuknya dan telah menjalani pembangunan semula besar-besaran dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un, telah mengumumkan rancangan untuk membina semula lapangan terbangnya, menukar pangkalan ski tentera menjadi resort dan membina landasan kereta api serta hotel baru untuk pelancong asing.
Walaupun hanya Samjiyon yang disahkan akan dibuka buat masa ini, terdapat kemungkinan Pyongyang dan tempat-tempat lain juga akan dibuka kepada pelancong pada masa akan datang.
Namun, pelancong dari Korea Selatan masih tidak dibenarkan memasuki negara itu dan Amerika Syarikat juga melarang warganya daripada melancong ke Korea Utara.
Sumber: BBC








