Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Kementerian Kesamarataan Jantina dan Keluarga Korea Selatan telah mengumumkan bahawa mereka akan memberikan bantuan kewangan sebanyak kira-kira RM2,000 setiap bulan kepada individu yang mengasingkan diri dari masyarakat (yang juga dikenali sebagai introvert).
Langkah ini diambil untuk membantu stabiliti psikologi dan emosi serta pertumbuhan sihat mereka.
Menurut laporan kementerian, kira-kira 3.1% rakyat Korea berumur antara 19 hingga 39 tahun adalah “orang muda yang mengasingkan diri”. Ini melibatkan kira-kira 338,000 orang di seluruh negara, dengan 40% daripada mereka mula mengasingkan diri semasa remaja.
Pelbagai faktor dikaitkan dengan fenomena ini, termasuk kesukaran kewangan, penyakit mental, masalah keluarga atau cabaran kesihatan.
Elaun bulanan ini akan disediakan kepada belia yang mengasingkan diri berumur 9 hingga 24 tahun yang tinggal dalam isi rumah yang pendapatannya di bawah pendapatan nasional median – yang ditakrifkan di Korea Selatan sebagai kira-kira RM16,600 sebulan untuk isi rumah empat orang.
Fenomena ini bukan unik kepada Korea Selatan sahaja. Jepun juga menghadapi masalah yang sama, dengan hampir 1.5 juta belia yang mengasingkan diri, yang dikenali sebagai hikikomori, menurut tinjauan kerajaan baru-baru ini.
Sesetengah daripada mereka hanya keluar untuk membeli barang runcit atau untuk aktiviti sesekala, manakala yang lain tidak keluar dari bilik tidur mereka.
Tak nak ketinggalan berita terkini? Sertai kami di Facebook, Instagram, X (Twitter), Telegram, WhatsApp dan Threads!