Jika sebelum ini, mereka meraih pujian ramai apabila menganjurkan solidariti mereka terhadap Palestin. Ia bukan sahaja mendapat perhatian daripada rakyat Malaysia, malahan turut dipuji ramai pempengaruh dari luar negara.
Sempena memperingati Nuzul Quran pula, komuniti Roblox tempatan yang dibimbing oleh streamer dan pencipta kandungan terkenal, Cikgu Zyd menganjurkan pula program World Quran Hour.
Menerusi hantaran di TikTok Cikgu Zyd, program ini dikatakan melakar sejarah penganjuran pertama dalam Roblox.
Beliau juga memaklumkan program ini juga mendapat sambutan yang baik dari komuniti Roblox tempatan dan juga luar negara.
“Program ini mendapat sambutan yang baik dari komuniti Roblox tempatan dan luar negara bertemakan #savingtheummah. Surah As-saff dipilih menjadi pengisian tadabbur,” katanya.
Video yang dikongsikan juga, jelas menunjukkan kreativiti anak muda dalam menghasilkan satu pentas server permainan video yang berkonsepkan majlis ilmu agama dan juga alunan suara mengaji yang dibaca oleh adik Rifqah Zafirah.
Bukan itu sahaja, komuniti ini juga dipuji apabila mengetengahkan pendekatan program ini kepada anak-anak muda.








