Seorang kanak-kanak lelaki menjadi perhatian ramai dan pujian apabila menjaga ibunya yang sakit di hospital.
Kanak-kanak berkenaan yang dikenali sebagai Iman dilihat tidak kekok menguruskan ibunya.
Difahamkan, ibu kepada Iman merupakan ibu tunggal dan menghidap strok.
Wanita yang merakamkan gelagat Iman menyatakan segala kerja-kerja menguruskan ibunya dibuat seorang diri seperti lap badan ibunya dan menukar pampers.
Iman juga tidak kisah makan dan minum serta tidur hanya beralaskan lantai.
Perkongsian mengenai Iman turut meruntun hati netizen dan memuji sikap Iman yang sangat dilihat bertanggungjawab menguruskan ibunya yang terlantar sakit.
Wanita yang dikenali sebagai Asni ini juga memaklumkan bahawa Iman merupakan seorang anak tunggal.








