Kisah wanita sentuh hati, Pak Nil sumbang RM3,000 | The Reporter

Kisah wanita sentuh hati, Pak Nil sumbang RM3,000

Aznil Haji Nawawi sebak di konti Kool FM ketika menyampaikan sumbangan RM3000 kepada pendengar wanita
Pak Nil sebak mendengar kisah dikongsikan oleh seorang pemanggil wanita.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Seorang wanita tidak dapat menahan sebak apabila penyampai radio Kool FM, Aznil Haji Nawawi, memberikan sumbangan berjumlah RM3,000 kepadanya ketika membuat panggilan ke stesen radio berkenaan.

Pemanggil yang dikenali sebagai Amira sebelum itu berkongsi situasi dirinya dan suami yang berusaha sehabis baik untuk menambah pendapatan, lebih-lebih lagi menjelang Hari Raya Aidilfitri.

“Suami saya bekerja tetapi tiada bonus. Kami pula baru berpindah, mengikut suami supaya dia lebih dekat dengan ibu bapanya.

“Beberapa hari lagi nak raya, kami hanya saling berpandangan. Kami sendiri tidak tahu hendak berkata apa. Kami bukanlah terlalu susah, tetapi kami tetap ada rasa ingin memberi dan bersedekah.

“Macam mana nanti adik-beradik lain bersalam dengan mak ayah sambil memberi sampul duit raya, sedangkan kami fikir untuk anak sendiri pun mungkin beri, dan mungkin juga terpaksa guna semula,” katanya.

Baca juga:
https://www.tiktok.com/@datukaznilnawawi/video/7618819191881157906?_r=1&_t=ZS-94oXYjsHtnZ

Perkongsian Amira itu membuatkan Pak Nil tersentuh hati dan menyatakan hasrat untuk membantu.

“Amira, kalau Pak Nil kirimkan duit raya untuk ibu, ayah, anak-anak dan anak-anak buah, boleh tak? Bagi pihak Pak Nil,” katanya.

Pada mulanya, Amira menolak, namun Pak Nil menjelaskan bahawa itu adalah hajatnya sebelum memindahkan wang ke akaun bank milik wanita tersebut.

“Pak Nil, saya nak cari RM30 pun susah sekarang,” katanya dalam nada sebak.

Situasi itu bukan sahaja membuatkan Pak Nil mengalirkan air mata, malah dua lagi penyampai radio, Haiza dan Muaz, turut dilihat sebak.

Related Posts