Belum habis isu lama, Kieda Crepe tulis 'My loqshamm' pula buat netizen geleng kepala | The Reporter

Belum habis isu lama, Kieda Crepe tulis ‘My loqshamm’ pula buat netizen geleng kepala

Kieda Crepe tersenyum sambil duduk bersama suaminya, kedua-duanya mengenakan pakaian bertema sukan.
Kieda Crepe bersama suami dalam momen mesra; kapsyen “My loqshamm” di IG Story tarik perhatian netizen semula.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


• Kapsyen “My loqshamm” oleh Kieda Crepe dikaitkan semula dengan isu “telur masam” dan herpes.
• Netizen dakwa ia gurauan tidak sensitif dan seolah-olah mengulang aib yang pernah dikritik.

Belum reda dengan isu gurauan herpes dan “telur masam” baru-baru ini, nama Kieda Crepe kembali menjadi sasaran kecaman netizen selepas memuat naik gambar terbaru bersama suami dengan kapsyen “My loqshamm”.

Kapsyen itu dilihat ramai sebagai gurauan berulang yang merujuk semula kepada kenyataan terdahulu Kieda, di mana beliau menyalahkan suaminya secara berseloroh sebagai punca jangkitan herpes.

Walaupun sesetengah pengikut menganggap ia hanya panggilan manja, majoriti netizen menganggap kapsyen itu berunsur “double meaning” yang tidak sensitif.

Netizen: “Ingat dah habis…”

Reaksi netizen kali ini tidak kurang pedasnya. Ramai yang berpendapat Kieda seolah-olah tidak serik dan sengaja mencetuskan semula kontroversi. Antara komen yang tular:

“Lepas ni tukar nama kedai Kieda Crepe jadi Kedai Suami Teloq Masam.”

“Loqsham tu apa? Hmmm dia panggil nama laki dia dengan bahasa gedik ke?”

“Apa ke s### la bini bukak aib suami. Dia takde perasaan malu ke eh?”

Ramai netizen percaya perkataan “loqshamm” adalah ejaan kreatif atau bunyi slanga yang membawa maksud “telur masam”, satu istilah yang pernah disebut Kieda sebelum ini.

Dalam video terdahulu beliau menyebut, “Bila aku kena benda ni, aku tau ni mesti telur hang masam. Sebab aku tak pernah kena tau herpes ni.”

Walaupun tidak dinyatakan secara langsung, ramai merasakan gurauan ini seperti sindiran yang sengaja dimainkan untuk menarik perhatian atau ‘troll’ netizen.

Related Posts