Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Selepas setahun menyimpan rahsia, pempengaruh dan usahawan Khairul Aming akhirnya mengumumkan restoran pertamanya bernama Rembayung, yang siap dibina sepenuhnya di Kampung Baru, Kuala Lumpur.
“Selepas setahun simpan rahsia, akhirnya hari ini saya boleh umumkan yang restoran pertama Khairul Aming, Rembayung, telah pun siap dibina,” katanya dalam video yang dimuat naik di Instagramnya hari ini.
Beliau berkata, restoran masakan kampung itu menelan belanja RM4 juta dan dibina dari kosong di atas tanah seluas 8,000 kaki persegi, hanya sembilan minit dari KLCC.
“Proses ini bermula daripada awal tahun lagi sebab kami bina bangunan ini sepenuhnya dari kosong, jadi prosesnya mengambil masa sedikit,” jelasnya.
Menurutnya, restoran dua tingkat itu mampu menampung 250 pelanggan dan menampilkan konsep separa rumah kaca yang sesuai untuk pengunjung dari Malaysia dan seluruh dunia.
Baca juga:
- Pempengaruh didenda RM40,000 gara-gara muat naik video gelandangan diberi tulang ayam
- ‘Orang politik pun tak boleh walk-in di Rembayung’ – Khairul Aming
- Lelaki Orang Asli beri teguran beradab kandungan video kunjungan pempengaruh
Angkat elemen kampung di tengah bandar
Khairul Aming turut menjelaskan konsep utama Rembayung yang mahu membawa elemen kampung ke tengah-tengah kota.
“Untuk konsep restoran ini, kita nak angkat elemen kampung di tengah-tengah kota raya. Jadi kita banyak bermain dengan elemen-elemen kayu, daun hijau, angin bertiup sepoi-sepoi bahasa,” katanya.
Katanya lagi, suasana di dalam restoran turut dicipta agar memberi pengalaman seperti di kampung halaman.
“Jadi bila orang masuk ke restoran ini, akan ada satu kipas besar kita pasang untuk memberi suasana berangin seperti di kampung. Bila orang melangkah masuk ke restoran ini, dia bagi satu pengalaman dine in lain dari yang lain.”
Selain itu, beliau turut berkongsi bahawa lebih RM500,000 dilaburkan untuk membina dapur yang selesa dan lengkap bagi chef-chef mereka.
Baca juga:
- 10 tahun bersama Sinar, Jep Sepahtu umum undur diri
- Pihak sekolah nafi dakwaan abaikan murid OKU, tampil jelaskan konteks video tular
- Ibu dedah anak OKU terpaksa berlutut ke kantin sekolah?
Peluang kerja untuk 50 anak tempatan
Bagi menjayakan operasi, seramai 50 anak tempatan telah diambil bekerja bagi persediaan pembukaan rasmi.
“Yang menariknya, mereka tak tahu pun ini restoran Khairul Aming. Mereka mohon, pergi interview dan bila dah lulus barulah mereka tahu ini restoran Khairul Aming,” katanya.
“Jadi kita pun mulakan proses training and simulation, make sure untuk grand opening nanti berjalan dengan lancar.”










Khairul Aming juga menzahirkan rasa syukur atas pencapaian itu selepas 10 tahun membina jenama di dunia maya.
“Selepas 10 tahun dalam dunia online, akhirnya saya bersedia untuk masuk ke dunia offline untuk permulaan fasa 10 tahun seterusnya.
“Saya berharap sangat Rembayung ini akan menjadi tarikan pelancong dari satu dunia datang dan cuba juadah kampung kebanggaan kita,” ujarnya.
Restoran Rembayung dijadualkan dibuka kepada orang ramai pada Januari 2026.
Sumber: Instagram Khairul Aming











