Jaguh Muay Thai negara, Johan Ghazali Zulfikar dipelawa oleh bekas juara dunia lightweight Ultimate Fighting Championship (UFC) Khabib Nurmagomedov untuk berlatih di pusat latihannya di di Republik Dagestan, Rusia.
KhabibJ yang merupakan jaguh seni bela diri campuran (MMA) mengagumi dengan bakat yang dimiliki oleh Johan atau lebih dikenali sebagai Jojo selain menganggap Jojo sebagai atlet yang berbakat.
Beliau juga sudi memberikan sokongan jika Jojo mempunyai keinginan untuk beralih ke sukan MMA pada masa akan datang.
“Saya tahu beliau masih muda dan pejuang yang hebat. Saya mengucapkan selamat maju jaya kepadanya. Beliau ada memberitahu saya bahawa beliau mahu beralih ke MMA setelah selesai dengan sukan yang diceburinya sekarang.
“Jika beliau mahu beralih ke MMA, beliau dialu-alukan untuk berlatih bersama kami di Dagestan untuk meningkatkan kemahiran gustinya. Kehadirannya sentiasa dialu-alukan,” katanya.
Dalam pada itu, Khabib turut menyatakan bahawa Malaysia perlu membina asas yang kukuh melalui jurulatih berpengalaman dan sistem latihan yang mantap jika mahu melahirkan juara MMA bertaraf dunia.
Selain itu, Malaysia juga katanya perlu menjadikan kejayaan Dagestan sebagai rujukan.
Sumber: Sinar Harian