Thailand dan Kemboja capai gencatan senjata selepas rundingan dua jam setengah di Malaysia
Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Malaysia terus mengukuhkan peranannya sebagai pemimpin diplomasi serantau apabila berjaya membawa Thailand dan Kemboja, dua negara jiran yang terpalit konflik ke meja rundingan hingga mencapai persetujuan damai dalam masa hanya dua jam setengah.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan, kejayaan ini bukan sahaja membuka jalan kepada gencatan senjata tanpa syarat, malah mendapat pengiktirafan antarabangsa, termasuk dari Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
“Trump puji tugas menakjubkan kerana kejayaan kita bawa Thailand dan Kemboja berpakat untuk selesaikan dan capai keamanan yang sukar diperoleh di tempat lain,” kata Anwar.
Menurutnya, Malaysia berjaya menjadi pengantara kerana kestabilan dalaman negara sendiri, satu faktor penting yang menurutnya tidak dimiliki negara yang bergolak atau bercakaran politik.
Baca juga:
- KPDN Kelantan siasat peniaga caj RM30 baiki kalkulator masuk air
- Pemandu e-hailing dihukum penjara sebulan, curi barangan keperluan harian
- Dihina dan dicemuh, anggota Bomba Sandakan kongsi situasi sebenar
Thailand dan Kemboja terus libatkan Malaysia dalam pelan damai jangka panjang
Perdana Menteri turut memaklumkan hubungan erat antara Malaysia dengan dua negara itu diteruskan, termasuk rancangan lawatan Menteri Pertahanan Thailand dan Kemboja ke Kuala Lumpur minggu depan.
“Dia (Hun Manet) minta kita tolong, mereka nak datang berunding di Kuala Lumpur mulai Isnin untuk catat beberapa langkah terperinci tentang keamanan,” katanya.
Sebelum ini, rundingan pertama yang disertai pelbagai pihak termasuk Presiden Trump dan China tidak berjaya menyatukan kedua-dua negara. Namun hasil inisiatif Malaysia melalui Kementerian Luar dan Angkatan Tentera, Putrajaya menjadi lokasi bersejarah kepada persetujuan gencatan senjata serta-merta antara Bangkok dan Phnom Penh, satu pencapaian yang kini menjadi sebutan dunia, dari Washington ke London.
Sumber: Buletin TV3








