Kes Zara Qairina: Pegawai Penyiasat & Penyelia berdepan tindakan tegas tidak patuh SOP | The Reporter

Kes Zara Qairina: Pegawai Penyiasat & Penyelia berdepan tindakan tegas tidak patuh SOP

Pegawai penyiasat akan dikenakan tindakan tegas kerana tidak mematuhi SOP kes kematian Zara Qairina.
Zara Qairina

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar memaklumkan tindakan tegas akan diambil terhadap pegawai penyiasat dan penyelianya susulan dapatan pasukan Task Force Bukit Aman yang mendapati wujud ketidakpatuhan prosedur siasatan berkaitan kematian pelajar, Zara Qairina Mahathir.

Beliau berkata, siasatan yang dimulakan pada 11 Ogos lalu mendapati pegawai penyiasat tidak membuat permohonan untuk proses bedah siasat, selain tiada penyeliaan daripada pegawai atasan.

“Walau bagaimanapun, saya juga perlu mendedahkan bahawa terdapat persetujuan atau permohonan daripada ibu mangsa memohon supaya bedah siasat tidak dibuat.

“Persetujuan ini direkodkan dengan tandatangan ibu mangsa, doktor, patologi dan pegawai penyiasat dalam dokumen ‘Surat Akuan Enggan Bedah Siasat Mayat Atas Kemahuan Sendiri’ yang dikeluarkan pihak hospital,” katanya.

Baca juga:

Pada 16 Julai lalu, Zara Qairina, pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Limauan di Papar dipercayai terjatuh dari tingkat tiga asrama sebelum ditemui tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran pada jam 4 pagi.

Mangsa berusia 13 tahun itu disahkan meninggal dunia selepas menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu.

Pada 8 Ogos lalu, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan kubur Allahyarham digali semula bagi membolehkan proses bedah siasat dijalankan.

Sumber: Harian Metro

Related Posts