Kes rogol di Kelantan menunjukkan peningkatan apabila 131 kes direkodkan dari Januari hingga September tahun ini, berbanding 114 kes bagi tempoh sama tahun lalu.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, kebanyakan kes melibatkan perhubungan suka sama suka antara pasangan muda, termasuk yang di bawah umur.
Beliau menjelaskan, kebanyakan kes hanya terbongkar selepas pihak keluarga atau hospital membuat laporan kepada polis.
“Ada juga yang tidak melapor kerana malu apabila ia membabitkan suka sama suka,” katanya memetik laporan Harian Metro, Selasa, 21 Oktober 2025.
Baca juga:
- Bangunan bertingkat didiami Rohingya di Sungai Makau akan diroboh ikut undang-undang
- Aduan ugutan jenayah Albert Tei terhadap Azam Baki diklasifikasikan sebagai NFA
- MPKj sahkan binaan haram di Sungai Makau, keluarkan notis penguatkuasaan
Kes berlaku di rumah dan hotel bajet
Mohd Yusoff turut mendedahkan, banyak kes berlaku di rumah sama ada lelaki dijemput datang atau mangsa mengikut ke rumah suspek.
“Ada juga yang baru kenal seminggu tetapi sudah ‘bersama’. Malah, ada yang melakukannya di hotel bajet,” katanya.
Polis seru ibu bapa pantau Anak
Beliau menasihatkan ibu bapa supaya memantau pergerakan anak-anak, selain menyeru masyarakat lebih peka terhadap isu sosial ini.
“Dengan keadaan sekarang, kita perlu ambil tahu keadaan sekeliling dan tidak bersikap sambil lewa,” tegasnya.
Fokus utama polis ialah membendung kes rogol suka sama suka yang semakin meningkat di Kelantan, terutama membabitkan remaja bawah umur.
Sumber: Harian Metro








