Keropok beracun: Selepas Akil, adiknya Luth Syauqi dilaporkan meninggal dunia | The Reporter

Keropok beracun: Selepas Akil, adiknya Luth Syauqi dilaporkan meninggal dunia

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Selepas Muhammad Akil Syauqi meninggal dunia pada pagi Rabu lalu akibat termakan keropok beracun yang diperolehi dari pagar kebun jiran, kini adiknya, Muhammad Luth Syauqi pula meninggal dunia.

Pemergian mangsa itu disahkan oleh ibunya, Nurain Hasnorizal, 25, ketika melawat anaknya itu di wad Hospital Pulau Pinang.

Menurut Nurain, Luth meninggal dunia pada jam 1.24 tengah hari tadi dan jenazahnya akan dikebumikan di Kampung Banggol Berangan, Labu Besar, Kedah, berdekatan dengan pusara arwah Aqil Syauqi.

Terdahulu, media melaporkan dua beradik berkenaan yang masing-masing berusia dua dan tiga tahun mengalami sawan dan muntah-muntah selepas termakan keropok beracun yang diambil dari pagar kebun jiran berdekatan.

Difahamkan, dua beradik berkenaan sebelum itu mengikuti datuk mereka untuk mencari lembu. Apabila pulang, mereka telah membawa bungkusan keropok tersebut dan terus masuk ke bilik.

Sementara itu, pekebun terbabit memaklumkan keropok beracun itu diikat pada pagar dan kedudukan tinggi. Ia bertujuan untuk menghalau monyet yang seringkali mengancam tanamannya.

Tidak diketahui bagaimana dua beradik berkenaan mendapat keropok tersebut. Pekebun telah direman selama enam hari untuk siasatan lanjut.

Sumber: Harian Metro

Related Posts