Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Keadaan dua beradik yang dilaporkan kritikal makan keropok yang mengandungi racun tikus masih tidak menunjukkan sebarang perubahan positif.
Ditanya mengenai tindakan yang bakal dibuat oleh ibu kepada dua beradik berkenaan terhadap jirannya, dia masih belum dapat memikirkan tindakan seterusnya.
Menurut Nurain, tumpuan dan perhatiannya kini adalah pada kedua-dua anaknya terlebih dahulu yang masih berada dalam keadaan koma dan dipantau rapi oleh doktor.
“Saya tak fikir lagi tentang tindakan ke atas jiran, sama ada mahu ambil tindakan atau pun memaafkan sahaja mereka. Mungkin saya akan bincang dengan keluarga dulu.
“Buat masa ini, saya nak tumpu terhadap keadaan anak-anak saya dulu. Fikiran saya masih kepada anak-anak.
“Keadaan mereka masih sama sejak dimasukkan ke hospital, dalam keadaan koma. Menurut doktor, tiada perubahan positif yang ditunjukkan,” katanya.
Sehingga kini juga katanya, jiran tidak menghubungi dia dan keluarga untuk berbincang.
Sumber: Sinar Harian








