Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Penemuan sebuah kereta yang tenggelam di Sungai Korok, Jitra pagi ini menimbulkan pelbagai persoalan di kalangan orang ramai yang mula berkumpul di lokasi sebaik kenderaan itu dikesan.
Ketika ini, hanya bahagian atas bumbung kereta yang kelihatan dari permukaan air, menyebabkan pihak berkuasa masih belum dapat mengenal pasti jenis atau nombor pendaftaran kenderaan terbabit. Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra juga dilihat melakukan pemantauan berhampiran sungai sebagai langkah berjaga-jaga.
Dalam masa sama, laporan kehilangan enam sekeluarga sejak hujung minggu lalu menambah kebimbangan orang ramai terhadap kemungkinan kedua-dua kejadian ini berkaitan.
Baca juga:
- JAWI bantah penganjuran pesta air di Kuala Lumpur
- GSF 2.0 dipintas: SNCC sahkan 10 rakyat Malaysia ditahan
- Kanak-kanak jatuh longkang ditemukan, 10 km dari lokasi kejadian
Sebelum ini, seorang wanita dikenali sebagai Nur Adliah Shuhada memaklumkan abang, kakak ipar dan empat anak saudara yang datang bermalam di rumahnya di Taman Aman gagal dikesan selepas pulang awal pagi Sabtu lalu.
Menurut beliau, abangnya, Mohd Azim Ezzat Ishak yang bekerja sebagai pengawal keselamatan menetap di Jerlun bersama keluarganya dan kerap berkunjung ke rumah mereka sebelum ini.
Pihak polis setakat ini belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengesahkan kaitan kereta berkenaan dengan laporan kehilangan keluarga tersebut. Proses mengenal pasti kenderaan sedang dijalankan sebelum sebarang tindakan lanjut diambil.
Sumber: Harian Metro








