Kerajaan turunkan had laju zon sekolah kepada 30 km/j | The Reporter

Kerajaan turunkan had laju zon sekolah kepada 30 km/j

Pelajar sekolah melintas jalan di zon sekolah dengan kawalan petugas keselamatan.
Petugas keselamatan bantu pelajar melintas di hadapan sekolah | Gambar hiasan (Kosmo! Online)

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Kerajaan akan mewartakan had laju maksimum di kawasan sekolah daripada 50 kilometer sejam (km/j) kepada 30 km/j dalam masa terdekat demi meningkatkan keselamatan pelajar.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, keputusan itu dibuat selepas Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keselamatan dan Kesesakan Jalan Raya meneliti data saintifik yang menunjukkan risiko kematian akibat kemalangan berkurang dengan ketara apabila had laju dikurangkan.

“Setiap pertambahan 10 km/j kelajuan meningkatkan risiko kematian pelajar. Dengan 30 km/j, kadar risiko lebih rendah,” katanya memetik laporan Harian Metro.

Pelaksanaan had laju baru ini melibatkan kerjasama kementerian lain dan pihak berkuasa tempatan (PBT), termasuk Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi jalan persekutuan, untuk menyediakan kemudahan seperti lintasan kuning, papan tanda dan reka bentuk jalan yang memaksa pemandu memperlahankan kenderaan di zon sekolah.

Anthony Loke menambah, keputusan itu telah dimaklumkan kepada semua agensi berkaitan untuk tindakan segera dalam mempertingkatkan keselamatan jalan raya, khususnya kepada pelajar yang berjalan kaki atau berbasikal ke sekolah.

Related Posts