Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Setelah setahun lebih kerajaan Madani dibawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, banyak perubahan yang telah dilakukan dari pelbagai aspek.
Namun begitu, masih ada yang menganggap kepimpinan beliau masih lagi belum dicapai dengan sebaiknya. Apatah lagi, dengan isu kenaikan kos hidup yang dilihat membebankan rakyat.
Menerusi sebuah podcast Keluar Sekejap yang dikendalikan oleh Khairy Jamaluddin (KJ) dan Shahril Hamdan, Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri (Dr.Sam) telah dijemput bagi membincangkan topik-topik mengenai isu politik terkini.
Dalam temubual tersebut, KJ bertanyakan pendapat beliau mengenai situasi kerajaan Madani dari sudut pandang beliau sebagai bekas pensyarah.
“Dari segi markah objektif kerajaan Madani (straighforward), pada saya fail. Saya tak kisah ‘fail’ pada saya, tapi bila kita dengar keluhan rakyat, mereka mengeluh tentang masalah mereka. The real testimony, orang hidup melihat masalah mereka yang tidak selesai,” katanya.
Katanya lagi, dengan kenyataan tersebut mungkin ada yang pihak yang terganggu perasaan.
“Kita sebagai pemimpin, hendaklah berjiwa besar. Sebab tu dalam ucapan saya siapa yang sokong dan tidak sokong saya ucapkan terima kasih sebab mereka adalah elemen check and balance kepada saya.
“Kalau kita sebagai pemimpin nak harap 100% setuju dengan kita, kita dah syok orang duk puji kita, saya rasa itu bukan role model yang bagus untuk membina negara Malaysia yang jauh boleh pergi ke hadapan,” katanya.
Berlapang dada
Beliau juga memberikan contoh situasi politik di United Kingdom yang melihat ahli politik di sana tidak sama pandangan dengan rakyat Malaysia.
“Mereka anggap ahli-ahli politik di sana sebagai leaders among equal. Kita di sini tidak dilihat begitu. Jadi kita kena reduce the gap supaya bila ada teguran dari mana-mana pihak kita kena berlapang dada.
“Kalau tidak, baik tak payah jadi pemimpin,” katanya.
Sumber: Keluar Sekejap