Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Kerajaan memutuskan untuk mengurangkan penggunaan gula dalam sesebuah acara dan majlis. Ini berikutan bilangan kes diabetes didapati berada di tahap yang membimbangkan di Malaysia.
Menurut Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, penggunaan gula akan dikurangkan sebanyak 50 peratus manakala minuman akan dihidangkan tanpa gula.
“Salah satu ikhtiar pihak kerajaan yang bermula hari ini, Jemaah Menteri telah memutuskan bahawa semua acara kerajaan ke depan akan mengurangkan penggunaan gula sebanyak 50 peratus dan semua minuman akan disediakan secara gula tidak dimasukkan.
“Jadi kita akan kurangkan penggunaan gula dalam semua acara kerajaan termasuk mesyuarat-mesyuarat,” katanya.
Fahmi berkata diabetes berleluasa pada kadar 3.2 peratus bagi rakyat Malaysia berumur 18 hingga 29, 6.5 peratus bagi 30 hingga 39, 15.2 peratus bagi mereka yang berumur 40 hingga 49, 28.8 peratus bagi 50 hingga 59 dan 38 peratus bagi mereka yang berumur 60 tahun ke atas.
Katanya, kenyataan tu merujuk daripada statistik kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2023 Kementerian Kesihatan.
“Bermaksud masalah kecing manis ataupun diabetes adalah masalah penyakit tidak berjangkit non-communicable disease yang perlu ditangani secara menyuruh,” katanya.
Sumber: Malaysia Kini