Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Pengerusi Parti Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan menegaskan ucapannya baru-baru ini yang telah menimbulkan kontroversi merupakan kenyataan fakta dan tidak bermaksud untuk menghina institusi raja.
“Saya ingin menegaskan bahawa ucapan saya di Nenggiri adalah suatu kenyataan fakta yang tidak bermaksud untuk menghina institusi raja atau menimbulkan kecenderungan menghasut.
“Saya percaya kenyataan saya itu tidak melanggar mana-mana undang-undang negara,” katanya.
Dalam hantaran di Facebook, beliau berkata akan memberikan Kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis.
“Saya akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis untuk menjelaskan fakta-fakta berkaitan kenyataan saya,” katanya.
Terdahulu, tular ucapan Muhyiddin ketika berkempen di DUN Nenggiri yang mendakwa beliau sudah mendapat 115 sokongan ahli Dewan Rakyat selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
Dakwanya juga, sokongan yang peroleh itu membolehkan beliau diangkat sebagai perdana menteri namun tidak dipanggil oleh Yang di-Pertuan Agong ketika itu untuk mengangkat sumpah.
Susulan itu, Tengku Hasanal dalam satu kenyataan bertitah, kenyataan Muhyiddin dilihat memanipulasi fakta dan membawa naratif negative seolah-olah Sultan Abdullah tidak berlaku adil semasa memilih Perdana Menteri ke-10.








