Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Sabtu lalu, seorang pencipta kandungan makanan, Abang Sodok, berkongsi video produk makanan berasaskan kentang, Keytatoes semasa berkunjung ke Havoc Food Festival di Dataran Centrio Seremban 2, Negeri Sembilan.
Apa yang menarik perhatian adalah, harga makanan tersebut dijual antara RM16 dan RM19 dianggap tidak berbaloi kerana kuantitinya yang sedikit. Walaupun makanan itu ditambah dengan mayonis dan serunding ayam.
Bagi netizen, harga makanan itu terlalu mahal dan hairan mengapa ada yang sanggup membeli makanan tersebut yang tidak setimpal dengan harganya.
“Entahlah, aku rasa macam tak berbaloi. Pendapat masing-masing kan? Beza dia panjang je, tambah sos sikit-sikit. Kenapa orang sanggup bayar RM19 untuk makanan ini?” kata netizen.
“Oran Malaysia memang suka kena bodoh-bodoh ke? Mahal nak mati,” tambah netizen lain.
Keytatoes tampil beri penjelasan
Menyedari perkara itu menjadi bualan netizen, seorang individu bernama Vokey yang dipercayai pemilik perniagaan itu tampil memberikan penjelasan.
“Saya perasan tak ada orang komen tentang rasa. Semua orang komen pasal harga dalam video tersebut, termasuk komen mempersoalkan berapa batang kentang di dalamnya.
“Sebenarnya ada 12 batang dan kita memang buat 12 batang sebab lubang perkakasan itu ada 12 lubang. Takkan jadi 11 batang, mesti 12.
“Dalam video (review) itu kentang tak nampak banyak mungkin ada yang patah dan itu adalah kesilapan kami. Sebenarnya memang ada 12 batang.
“Orang kata portion kita sikit. Kalau topping sikit tu jangan menipulah. Topping kita memang banyak, tak pernah lagi sikit. Kalau dapat topping yang sikit, korang mintalah dengan staf tu nanti dan nanti dia bagi. Jangan risau,” katanya.
Berkenaan dengan harga pula, pihaknya hanya menjual makanan tersebut pada harga RM16 dan RM19 sahaja.
“Bagi saya, kentang yang saya jual ini tidak mahal. Kalau pergi kat Thailand pun RM18. Kos minyak kapal terbang lagi.
“(Produk Keytatoes) ini termasuk dengan semua kos-kos yang kita ada. Ada yang minta nyatakan macam mana saya kira margin dengan kos. Saya kira pakai kalkulator kalau nak tahu,” selorohnya.
Menurut Vokey, Keytatoes berharga RM19 adalah special kerana ia mengandung daging atau ayam. Manakala yang berharga RM16 pula hanya ‘basic’ sahaja.
Tambahan, resepi yang digunakan juga adalah resepi mereka sendiri, dari kentang sehinggalah ke topping.








