Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Isu kenaikan harga tiket penerbangan semasa musim perayaan menjadi topik hangat di media sosial baru-baru ini. Pelakon Faye Kusairi semalam telah meluahkan rasa tidak puas hati berhubung isu itu melalui hantarannya di Facebook.
Menurut Faye, harga tiket penerbangan ke Sarawak semasa musim Hari Raya menjadi lebih mahal berbanding hari biasa. Beliau mempersoalkan mengapa rakyat Malaysia sendiri perlu menanggung beban tambahan untuk pulang ke negeri masing-masing.
Bila raya, tiket auto mahal
“Kenapa tiket penerbangan balik ke Sarawak auto menjadi extra mahal bila nak balik raya? Apa beza hari biasa dan hari raya kalau rakyat nak balik ke negeri masing-masing?
“Kenapa harga tiket penerbangan ke luar negara pula lebih murah berbanding harga tiket penerbangan balik ke Sarawak? Apa bezanya?
“Pihak berkenaan tak nak tolong ekonomi kita sendiri naik ke? Tak nak rakyat berbelanja di negara sendiri, instead nak orang berbelanja di luar negara? Nak rakyat berbelanja lebih di luar negara?
“Macam mana lah nak naikkan matawang kita?? Orang Sarawak bukan rakyat Malaysia ke apabila menjelang raya? Harga (tiket) mencekik darah yang diberi. Kenapa?” katanya.
Duit habis untuk beli tiket sahaja
Faye turut mendakwa, harga tiket penerbangan yang dikenakan adalah sangat keterlaluan dan tidak adil. Malah, ada sesetengah orang yang mungkin tidak dapat berbelanja untuk persiapan raya kerana terpaksa menghabiskan duit untuk membeli tiket penerbangan yang mahal.
“Bagi saya ini memang tidak adil. Sudahlah segalanya mahal sekarang. Orang Sarawak nak balik beraya pun terpaksa mengeluarkan duit lebih untuk beli tiket penerbangan.
“Ada yang mungkin tak mampu nak buat persiapan raya sebab dah habis beribu untuk beli tiket penerbangan saja. Bilalah masalah ini nak selesai, tak adil. Betul-betul tak adil,” ujarnya.
Faktor ruang udara
Harga tiket penerbangan dari Semenanjung ke Sarawak dan Sabah biasanya meningkat semasa musim perayaan. Salah satu faktor utamanya adalah penerbangan tersebut perlu melalui ruang udara Singapura, yang secara teknikal menjadikannya penerbangan antarabangsa dan mungkin menambah kos.
Faktor lain adalah prinsip asas ekonomi permintaan dan penawaran. Semasa musim perayaan, permintaan untuk tiket penerbangan biasanya meningkat, yang boleh menyebabkan kenaikan harga.
Sumber: Faye Kusairi








