Koc wanita yang diperkenalkan dalam perkhidmatan tren di Malaysia bertujuan memberi keselesaan dan keselamatan kepada wanita, terutamanya semasa waktu puncak.
Baru-baru ini, seorang pengguna X bernama ArosliWealth meluahkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan sesetengah wanita yang memilih untuk duduk di koc bercampur walaupun koc wanita masih kosong.
“Boleh tak wanita duduk di koc wanita dahulu, terutamanya bila ia jelas masih kosong.
“Kenapa nak sempit-sempitkan diri di koc bercampur sedangkan koc wanita nampak lebih selesa? Dan kami lelaki ni, masam kot lepas habis kerja,” tulisnya.
Ciapan ini telah mencetuskan pelbagai reaksi dan pendapat dalam kalangan netizen.
Ada yang menyokong pandangan tersebut, menyatakan bahawa koc wanita sudah disediakan dan wajar dimanfaatkan sepenuhnya untuk mengurangkan kesesakan di koc bercampur.
Seorang netizen berkata, “Tak faham kenapa perempuan nak stay coach mix bila ada coach women? Especially balik kerja? Tak masam ke?”
“Setuju! Kadang-kadang geram je dorang tak penuhkan koc dorang. So kat koc bercampur jadi sesak. Dahlah ada lima koc untuk dorang. Letih la,” tambah seorang lagi netizen.
Adakah koc wanita ini benar-benar memberi manfaat atau sudah tiba masanya ia ditamatkan jika penggunaannya kelihatan tidak berkesan? Apakah pandangan anda?








