Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Tindakan si ibu mertua mencari kesalahan dan mendakwa menantunya tidak pandai menjaga cucunya yang baru saja dilahirkan sebulan lalu, membuatkan wanita ini tertekan. Dari awal kedatangannya di rumah mertua, ada saja perkara yang ditegur oleh ibu mertuanya.
Hendak menjawab, tak terdaya kerana mengenangkan diri hanya sekadar menantu. Sesekali dia terpaksa memendam rasa dalam hati tanpa diluahkan kepada suami, bimbang lelaki itu pula terasa. Sedangkan ketika dia mengandung, ibu mertua langsung tak peduli. Bila anak sudah dilahirkan, baru mula nak peduli.
SAYA nak meluahkan perasaan saya yang tidak tahan dengan perangai mak mertua. Usia baby saya baru genap sebulan. Selepas habis berpantang, saya dan baby terpaksa balik ke rumah suami sebab mak dan ayah dia kata rindukan cucu.








