Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
BANGKOK, THAILAND – Seorang lelaki menuduh tukang gunting rambut di daerah Lat Phrao telah memotong rambutnya terlalu pendek. Berang dengan hasil yang tidak memuaskan itu, dia bertindak menampar kepala tukang gunting tersebut sebanyak dua kali, walaupun mangsa sudah melutut dan sujud di kakinya untuk memohon maaf.
Berdasarkan video tular di media sosial menunjukkan, pelanggan berbaju biru menjerit pada dua tukang gunting rambut (lelaki dan perempuan) di sebuah kedai gunting rambut, pada 26 Ogos yang lalu.
“Aku minta potong pendek, tapi kau cukur rambut aku macam aku ni nak jadi sami. Rambut aku ni biasanya digunting oleh tukang gunting perempuan. Tapi tak nampak pula dia hari ni. Dia lagi pandai mengunting rambut,” katanya.
Mangsa kemudian menjelaskan, dia tidak memotong rambut pelanggan itu terlalu pendek seperti yang didakwa. Malah, rambutnya pelanggan akan tumbuh semula dalam masa sebulan.
Terasa bagai dibodohkan, pelanggan berkenaan terus menampar kepala tukang gunting tersebut. Hal itu memaksa campur tangan dari rakan sekerja mangsa, yang turut memohon maaf keadanya.
Manakala mangsa pula sanggup melutut dan sujud di kaki pelanggan untuk memohon maaf. Malangnya, pelanggan itu enggan menerima permohonan maaf mangsa dan terus membebel. Sesekali, lelaki itu cuba menyerang mangsa. Tetapi berjaya dihalang oleh pelanggan lain yang menyaksikan kejadian itu.
Mangsa kemudian menjelaskan, dia mempunyai pengalaman selama tujuh tahun dan bidang menggunting rambut. Malah dengan berani mempersoalkan pengetahuan pelanggan dalam bidang dandanan rambut.
“Kau lulusan dari mana?” soal mangsa.
Mendidih telinga mendengar soalan itu membuatkan lelaki terbabit menyirap dan cuba menyerang mangsa yang didakwa menghinanya. Tetapi tindakannya itu berjaya dihalang oleh pelanggan lain.
Tidak diketahui bagaimana pengakhiran kejadian tersebut. Tetapi ramai netizen menganggap tindakan pelanggan berkenaan sangat melampau. Ada yang mendakwa, pelanggan tidak beradab itu sengaja berbuat demikian kerana tidak mahu membayar perkhidmatan yang telah diberikan. – Agensi








