Kenaikan kos operasi, yuran tadika, taska naik hingga 25% tahun depan | The Reporter

Kenaikan kos operasi, yuran tadika, taska naik hingga 25% tahun depan

Sumber Gambar: Norazura Ismail blogspot

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Kadar kenaikan gaji minimum kepada RM1,700 sebulan yang bakal dilaksanakan pada 1 Februari depan dilihat akan memberikan kesan kenaikan ke atas barangan atau produk-produk tertentu.

Tidak terkecuali, yuran bagi taman dididkan kanak-kanak (tadika) dan taman asuhan kanak-kanak (taska) yang dijangka akan naik antara 20 hingga 25 peratus pada tahun depan di seluruh negara.

Perkara berkenaan disahkan oleh Persatuan Tadika Islam Malaysia (PERTIM) dan Persatuan Pendidik Institusi Pendidikan Negeri Johor, yang menaungi pengusaha tadika, selain Persatuan Pengasuhan dan Perkembangan Awal Kanak-Kanak Berdaftar Malaysia, ditawarkan kepada kira-kira 4,500 ahli mereka susulan kenaikan kos operasi.

Menerusi satu laporan, Penasihat Kehormat PERTIM, Zaharah Awang, berkata kira-kira 1,000 ahlinya di seluruh negara bersiap sedia menaikkan yuran perkhidmatan tadika mereka susulan kenaikan kos operasi bukan saja membabitkan gaji pekerja terutama pendidik, malah kenaikan kos bahan mentah untuk makanan dan bahan bantu mengajar, selain kadar sewa serta bil utiliti.

Namun katanya, kenaikan tersebut perlu mendapat kebenaran dan kelulusan daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) atau Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

Tambahnya lagi, pihak PERTIM akan mengeluarkan notis baharu kepada ibu bapa mengenai yuran pada tahun hadapan.

Dalam pada itu, Zahrah berkata, kenaikan yuran tersebut sebenarnya sebagai jalan bagi pengusaha untuk bertahan demi perniagaan mereka.

Sumber: Berita Harian

Related Posts