Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Empat mangsa yang meninggal dunia selepas menghadiri konsert Pinkfish di Bandar Sunway dipercayai terlibat dengan pengambilan pil ecstasy.
Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, dua lagi pesakit masih menerima rawatan di ICU dan seorang lagi telah dibenarkan keluar dari wad.
Katanya, ketujuh-tujuh mangsa termasuk yang meninggal dunia didapati hadir secara berasingan.
Hussein berkata, pihaknya mengesahkan menerima enam laporan polis daripada PPUM dan HKL berhubung penerimaan pesakit yang hadir ke konsert berkenaan.
“Pihak polis membuka empat kertas siasatan kematian mengejut lanjutan kematian ini untuk mengenal pasti sebarang unsur jenayah atau keracunan.
“Sehingga kini sebanyak enam percakapan saksi dirakam selain beberapa pihak lagi akan dipanggil untuk membantu siasatan termasuklah pihak penganjur konsert dan rakan mangsa.
“Hasil siasatan pihak polis mendapati kesemua mangsa yang menghadiri konsert tersebut pada malam kejadian dipercayai telah mengambil pil jenis ecstacy,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya masih menunggu laporan analisis toksikologi untuk mengesahkan pengambilan dadah berkenaan termasuk punca kematian.








