Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Bagi umat Islam, setiap perkara, pekerjaan atau aktiviti yang hendak dibuat, dimulakan dengan doa serta ayat suci Al-Quran.
Menerusi satu video tular di TikTok Yih1992, ramai yang memuji seorang warga asing yang membacakan doa sebelum memulakan kerja di sebuah tapak pembinaan di Kota Bharu, Kelantan.
“Biasa bacaan Al- Quran dan doa dibaca ketika Toolbox Talk setiap pagi. Biasa yang baca doa berlainan pekerja bergantung siapa yang sampai dulu,” tulisnya.
Bukan sahaja dipuji tindakannya yang mengetuai bacaan doa, malahan kelunakan suaranya juga menjadi perhatian ramai.
“Dia gabungkan ayat Al-Quran dengan doa qunut. Yang tahu maksud je boleh buat gabungan macam ni, dengan makhraj dan tajwid yang agak mantap,” kata netizen.
Difahamkan juga, warga asing berkenaan merupakan seorang tahfiz di negaranya.
Sementara itu di ruangan komen, ada yang menyatakan kebanyakan pekerja warga asing datangnya bukan dari dalam kalangan golongan biasa, tetapi penuh ilmu di dada.
“Kebanyakan pekerja asing bukan yang jenis kosong. Ada yang mempunyai sijil dalam bidang perubatan dan ada klinik sendiri,” katanya.








