Wanita maut dikelar, suami mengganas bakar kereta mentua | The Reporter

Wanita maut dikelar, suami mengganas bakar kereta mentua

Kesan kebakaran pada pintu sisi kereta yang dipercayai dibakar suspek
Sebuah kereta milik keluarga mentua suspek yang rosak teruk akibat dibakar selepas kejadian bunuh isteri di Bukit Gambir | Gambar: Utusan Malaysia

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Seorang wanita maut selepas dipercayai dikelar suaminya dalam kejadian di Taman Cahaya, Bukit Gambir, Tangkak, malam semalam.

Suspek kemudian cuba membakar rumah keluarga mentuanya di Kampung Durian Chondong, menyebabkan sekurang-kurangnya empat kenderaan musnah.

Suspek yang berusia dalam lingkungan 30-an dikatakan membalut mayat isterinya dengan selimut selepas membunuh mangsa, sebelum beredar ke kediaman keluarga mentuanya. Bagaimanapun, cubaan membakar rumah gagal sepenuhnya kerana perbuatannya disedari.

Namun begitu, beberapa buah kenderaan di luar kediaman dilaporkan musnah terbakar akibat tindakan nekad suspek. Selepas kejadian, lelaki itu melarikan diri dengan kembali ke rumahnya di Bukit Gambir.

Polis berjaya menahan suspek kira-kira jam 7 pagi tadi. Menurut maklumat, dia akan dibawa ke Mahkamah Majistret Tangkak pagi esok bagi permohonan reman.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Roslan Mohd Talib ketika dihubungi berkata, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan media berhubung perkara itu dalam tempoh terdekat.

Sumber: Berita Harian, Utusan Malaysia, Kosmo! Online, Harian Metro

Related Posts