'Kejam!' - Kanak-kanak lelaki rumah amal dipijak dengan lutut di bahagian dada, dirotan beberapa kali | The Reporter

‘Kejam!’ – Kanak-kanak lelaki rumah amal dipijak dengan lutut di bahagian dada, dirotan beberapa kali

Sumber Gambar: Tangkap layar PUKAS Malaysia

Pendedahan demi pendedahan mengenai kegiatan yang berlaku di sebuah pusat amal terkenal tersebar.

Menerusi video yang didedahkan oleh Facebook Pusat Kajian Ajaran Sesat (Pukas) Malaysia, memaparkan kes penderaan yang dialami oleh kanak-kanak yang dipercayai penghuni rumah amal berkenaan.

Tanpa rasa simpati, kanak-kanak berkenaan dihukum dan didera.

Menerusi satu video, seorang kanak-kanak menahan kesakitan apabila ditindih dengan lutut oleh seorang lelaki dewasa di bahagian dadanya sehingga sesak nafas.

Bukan itu sahaja, lelaki berkenaan yang dipercayai penjaga rumah berkenaan juga turut menutup hidung mangsa.

“Kenapa menangis, nak mati ke?,”soalnya.

Sementara itu, satu lagi video merakamkan beberapa kanak-kanak lelaki dirotan beberapa kali.

Kelihatan salah seorang kanak-kanak berkenaan melompat dan menangis menahan kesakitan.

Related Posts